![]() |
Suasana di bazaar ramadhan :D |
Assalamualaikum Ya Habibi, Ya Maulana. Ramadhan. Apa itu Ramadhan? Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam pada setiap tahun. Okay enough with that, kita sambung dengan cerita saya. Ni nak habaq mai kat hampa semua tentang pengalaman berbuka puasa saya pada bulan Ramadhan. Sejak masuk ke Uitm, saya memang merindui saat berbuka puasa bersama keluarga. Selepas beberapa semester berpuasa di negeri orang, akhirnya this year dapat juga saya menyambut first day of ramadhan di rumah saya di Kelana Jaya!!! [mood: overly excited! J)
Saya tiba di rumah pada hari Jumaat, sehari sebelum puasa. So, first sahur saya bersama keluarga, mak saya memasak makanan kegemaran saya iaitu nasi putih dengan lauk udang masak lemak dan ikan goreng. Tengahari tu sempat jugak lah pergi jalan-jalan dekat Paradigm Mall (yg baru buka tu :p). My plan was to cook for everyone for the very first Iftar (kononnya), but changed of plans.. my dad cakap yang opah saya ajak satu keluarga buka puasa dekat rumah dia. So yeahhh, petang tu pergi bazaar ramadhan kelana jaya jap, nak tengok apa yang dijual and nak rasa lah kemeriahan di bazaar tu. Bazaar kat situ memang berbeza dgn bazaar kat Arau. Macam-macam ada! Haha.
At Opah’s place, almost everyone was there including my uncles, aunties, and cousins. Ada lebih kurang 4 keluarga jugak lah. Lama tak kumpul ramai-ramai macam ni. So, makanan di sponsored oleh semua orang. Masa nak dekat azan tu, semua duduk kat satu meja panjang getting ready for berbuka. Lauk-pauk yang ada termasuk lah ikan masak asam pedas, sotong kunyit, gulai terung, ayam goreng berempah, ulam2, kuih-muih dan banyaaaaaaak lagi. After berbuka & bersembang, kitorang solat Maghrib berjemaah & berterawih dekat masjid berhampiran. Lepas tu baru lah semua pulang ke rumah masing-masing.
Itu lah pengalaman saya pada hari pertama di bulan ramadhan untuk tahun ini. Walaupun sekejap, memang berbaloi-baloi. Kalau boleh hari-hari nak sambut puasa di rumah sendiri.
p/s: Selamat berpuasa penuh semua! Kurangkan juadah, lebihkan ibadah okay? ;-)
Thanks for reading.
Written by: Farhana Atiqah xxx
No comments:
Post a Comment