Niat Berpuasa

Check out each entry that we have already posted specially for y'all to read. Hihi. Wishing you best Ramadhan for this year!!

Monday, 3 September 2012

aidilfitri , hari mulia , hari bahagia ...

assalamualaikum , bertemu kita lagi di bulan syawal yang mulia ini . apa habaq semua .. puasa baru je berlalu dan sekarang ni kita beraya la pulak kan ? raya tahun ni donut rasa biasa-biasa je kot , sebab ada perkara yang tak diingini berlaku , betul lah tu , bila ALLAH nak sesuatu tu terjadi , jadi lah perkara tu .Raya pertama dan kedua macam biasa je singgah kubur nenek , pergi rumah adik beradik abah , pergi rumah terbuka .Tapi , Raya ke tiga je, perkara tak diingini berlaku , abah terkena serangan jantung . sedih memang sedih tapi nak buat macam mana, kita kena kuat hadapi semua ni . betul tak ? sedar tak sedar memang banyak yang donut merepek ni , banyak lagi nak cerita tapi kalau nak cerita sampai esok tak habis . nah gambar-gambar raya yang sempat donut ambil.

RAYA PERTAMA


kek lapis sarawak , semua ada tujuh jenis . nama pun pelik-pelik , dari kek ala bollywood sampai la kek lapis ombak rindu  . hehe . nasib baik takde kek gangnam style .


raya tak sah kalau takde kuih raya kan? semua kuih tunjuk je ..


kek lapis ala bollywood khas dari air tangan donut. hahaha :D




                                                       amboi-amboi mama dan abah sweetnya <3


yuhuuu . dapat duit raya tau ! XD






hye saya donutt :)


hye saya lagi ^^



kucing-kucing nak raya jugak (゜◇゜)


paksu rohaidi datang with his family, adik abah one and only . diorang dua beradik je tinggal , tok dan tokwan dah lama meninggal dunia . Al-fatihah.



amirul adam . sehari tak mai game tak sah !




RAYA KE DUA




beraya ke rumah orang yang tersayang . ahahha cewah(⌒▽⌒)

RAYA KE TIGA

Raya ke tiga, selepas subuh abah  mengadu sakit dada , lepas rasa tak boleh nak bernafas dah , mama dan adik saya , fakhrul terus bawak abah pergi hospital sultanah bahyah di alor star , ingatkan takde apa-apa pun , dalam pukul 10 pagi macam tu mama call donutt abah kene tahan wad ccu ( unit khas rawatan jantung) . Bila dah sampai hospital , donutt bawak adik-adik  terus pergi hospital tengok abah , tapi dua orang je dibenarkan masuk  melawat , donutt masuk dengan mama. bila tengok abah terbaring tak larat jadi sebak sangat-sangat , tak pasal-pasal menangis kat situ jugak . doktor cakap abah smoking kuat sangat ni , kolestrol memang tinggi sangat-sangat . so , kami satu family berkampung di hospital selama 6 hari sampai abah keluar wad . ramai saudara mara terkejut dengar berita ni , dan ramai jugak yang tak berhenti-henti datang melawat abah . terima kasih semua kerana mengambil berat kepada kami sekeluarga . thanks tidak terhingga kat kawan-kawan yang banyak ambil berat , call , mesej , inbox facebook tanya pasal abah , thanks semua kerana memahami . hanya ALLAH saja yang balas budi baik korang . ok lah setakat ni saje , terima kasih assalamualaikum  m(_ _)m ..


abah dan mama <3




































No comments:

Post a Comment