Niat Berpuasa

Check out each entry that we have already posted specially for y'all to read. Hihi. Wishing you best Ramadhan for this year!!

Sunday, 19 August 2012

Raya 2012 ku

Selamat, Aidilfitri.. Kepada saudara serta saudari.. Setahun, hanya sekali..merayakan hari yang mulia ini!!

Selamat Hari Raya!!!!

omg i was so excited I kept singing Hari Raya songs over and over again. Let me tell you guys about my raya this year.

This year is quite different from any other year. The routine was just the same but I'm talking about the feeling of raya. I still remember last year's raya, one of my friend said that "if puasa and raya wasn't that fun anymore meaning dah nak kiamat la tu" and this year is 2012! :O i was kinda paranoid though that was just a rumours je. Somehow this year raya was pretty exciting and fun for me.

Since I'm out of words on how to describe my raya, let the pictures do the talking.



Marilah adikku, bermain bunga api!! yes, I looove bunga api and mercun :D



Bunga api party with my lovely friends



Posing di pagi raya with Family :)



Gelak ketawa menikmati juadah raya




Balik kampung! This year balik Nogori Sembilan.


Sisters and mommy beraya sakan kutip duit raya :p



Relatives in Melaka. Meet my little cousins!



Ronda-ronda Kuala Lumpur with friends.


well, that would conclude my Raya for this year. I hope you had an awesome one too. 
oh oh! Lastly, saya Nurul Syamimi binti Ibrahim ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua. :)



by Mimi Ibrahim

Saturday, 18 August 2012

Farhana & Family Aidilfitri’s celebration.

                            Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita di segmen Hari Raya Aidilfitri!!! Cepat je masa berlalu, tak sangka dah raya. Sebelum itu, sempena Hari Raya Aidilfitri ni, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri saya. Semoga raya tahun ini diberkati oleh Allah swt dan dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan umat Islam. So, macam mana preparation untuk hari raya tahun ni? Mesti lagi meriah daripada tahun lepas kan? J

My Raya Stories:

                             This year extra special sikit sbb for the first time complete semua ahli keluarga berkumpul termasuk lah keluarga yang tinggal dekat luar negara yg balik ke Malaysia untuk menyambut hari raya sesama. (macam tahu tahu je kena buat blog pasal ni kan :p)

                            Pada hari pertama raya, macam biasa lah kan, bangun pagi siap pergi masjid solat raya then balik rumah makan jap salam mohon maaf dgn ibu bapa. After that, baru keluar rumah utk beraya. So, first day pergi beraya dengan keluarga belah ayah dekat Shah Alam which everyone was there including Opah. Sehari suntuk kat sana.. kitorang makan-makan beberapa round :p (ada ketupat, rendang, lemang, lontong, serunding, nasi beriyani, mee rebus, kuih raya, etc), lepak bersembang, mandi swimming pool, dan main mercun & bunga api pada waktu mlm. The pictures will explain everything… J


       Third raya, kitorang balik kampung rumah Opah di Ipoh. Kitorang melawat semua saudara-mara di sana. Sehari je balik kampung then sambung raya di KL. Here are another few pictures.. J



Setakat ini sahaja entri kali ini. Jumpa lagi di entri seterusnyaaa!

Written by: Farhana Atiqah xxx

Friday, 17 August 2012

Aidilfitri Celebration!

Assalamualaikum ya habibi ya maulana :) Macam mana raya korang? Best tak? Mesti meriah gila kan. So entry kali ni Fiey nak cerita pasal "Sambutan Hari Raya". Malam raya Fiey balik kampung kat Nogori Sembilan. Wan and Atok masak nasi impit, kuah kacang, rendang. Lemang je beli kat luar. Yang lain semua home-made :D Fiey tak tolong sebab seronok sangat main bunga api and kitorang buat something nakal, baling mercun pop kat lembu. Hehe kesian lembu kan. 

Pagi raya, bangun awal and mandi sunat Aidilfitri. Lepas siap-2 pakai baju kurung pergi breakfast. Bila Abah dah balik dari solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga bermaaf-maafan. Paling best dapat duit raya! Tengah hari tu baru kami balik Selangor sebab 2nd raya nak balik Perak pulak. So bila dah sampai rumah, tak tau nak buat apa. Ajak Angah pergi tengok wayang. Lol orang raya kita tengok wayang. 

2nd raya, pagi-2 lagi dah gerak balik Perak sebab takut highway jammed. Bila sampai je kampung, tengok ramai gila cousin kat rumah Opah. Tapi ada lagi yang tak balik. So Fiey terus serbu dapur. Makanan banyak gila. Ada laksa, nasi impit, lontong, kuah kacang, lemang, ketupat, macam-2 kuih pun adaaaa :D Petang tu jugak kami semua termasuk cousin-2 pergi beraya rumah sedara-2 kat area Ipoh. Ada la dalam 3 buah rumah. On the way balik, hujan lebat pulak -.-

Esoknya pulak pagi-2 lagi, Aunty-2 semua bangun awal sebab nak masak. Kami ada makan besar pagi tu. Hahah then ada sedara datang beraya kat rumah Opah and kami pergi beraya lagi. Memang meriah gila sebab masing-2 dah lama tak jumpa. Fiey ada kat Perak sampai raya ke-5, hari Khamis. Bila dah balik Selangor, beraya pulak kat rumah sedara-2 kat sini and rumah jiran-2. Fiey dapat banyak duit raya tau. Hehe gambar raya tak banyak pulak. Lupa nak amik kat my sis. Yang ada kat Fiey pun sikit je. Baju raya baru khas untuk dinner kat Langkawi nanti. Hiks inilah dia gambar yang tak seberapa. Sila la jenguk. Ekeke ~~ 


1st Rayaaaa!


2nd Rayaaaa!


sincerely, Nurul Hafizah Binti Mohammad Yunos.





Sunday, 12 August 2012

Jalan-jalan di Bazaar Aidilfitri

Assalamuailaikum everyone. Who is excited for raya? I would gladly to say MEEEE!!! Yeh yeh raya! I must say that this year’s raya is very much different from other raya. Especially the raya eves. Don’t be surprise but my families are not the type yang suka pergi shopping bazaar aidilfitri a week before raya. I know we are not like the normal families but my family memang tak tahan tempat crowded and panas. My sisters especially sebab they don’t like to walk around to buy baju kurung at stuff. Pelik kan? *geleng-kepala. But then, this year is different! We started to do what normal families do. Shopping Raya!!! :D

This year I went to 3 bazaar aidilfitri. Meaning 3 kali shopping dekat bazaar lah people!! Hehehe itu semua tak termasuk shopping at the mall and stuff. Phew I feel like a spoiled child pulak asyik nak shopping je. Firstly, I went to bazaar Aidilfitri at Shah Alam with my sedara-mara.
It was fun actually. Knowing the fact that Shah Alam were so packed with people and small children semua but somehow me and sisters could get a hang of it. Maybe it’s because my aunties and uncles nak belanja la kan hahaha in the end we didn’t buy anything pun. Just window shopping and tengok suasana raya. But we bought some bunga api though. Mehehee.. I just love bunga api.

Second bazaar aidilfitri was at Melaka! Like what I told you guys on the previous post, I went home for raya a week earlier. So, I have extre time at home for this holiday! Yipeee. Went to Melaka to visit some of my Uitm friends and my boyfie there. Alang-alang menyeluk perkasam biarlkah sampai ke pangkal lengan kan? hehe..he bought me to the bazaar there and that was my first time yaw!



Bazaar Aidilfitri at Melaka. Teringat bazaar dekat Uptown Damansara before it was demolished :(


Told you there were kids everywhere..hehehe


Shopping..


Shopping again.. :p

It was fun! yelah, first time kan? hehehe NEXT, JALAN TAR WITH MOMMY!!!!
I think you know what happened next kan? 
...........





SHOPPINGGGG!!!!

hehehehe :D




by Mimi Ibrahim

Bazaar Aidilfitri (Let's shopping raya with Fana)

                                Hello everyone!! Today, nak cerita pasal shopping raya. Puasa dah nak berakhir dan bulan Syawal hampir tiba. Korang semua dah habis shopping raya ke belum? Mesti semua tgh busy kemas rumah, buat kuih raya, shopping baju raya, dan sediakan duit raya hehehe.

                               Few days before raya, baru dapat shopping raya since study jauh nun di Arau tu. I shopping raya dekat Jalan TAR, KLCC, and SACC Mall je. Penat pusing-pusing cari baju raya yang berkenan di hati, akhirnya jumpa jugak! :p Meh usha sikit gambar kat bawah ni (diambil di SACC Mall, Shah Alam). Thanks for my sister for taking photos of me. xoxo.

Bila tak jumpa baju raya yang best :(
With Mommy <3

Written by: Farhana Atiqah xxx

Bazaar Aidilfitri ....

Assalamualaikum you olsss :D Entry kali ni Fiey nak story pasal "Bazaar Aidilfitri". Memandangkan budak Business dapat cuti awal seminggu before raya, so dah balik rumah dapatlah shopping sakan kan. HEHE kalau nak shopping raya kena la gerak awal dari rumah. 

First tempat yang Fiey pergi shopping adalah Jusco. Ni pergi dengan member plus nak Iftar sesama dengan dorang. After dah Iftar baru la kitorang membeli belah. Punya la ramai orang. Maybe dorang suka shopping last minute kot.Okayy semua kedai Fiey masuk tapi kurang berkenan sebab cerewet sangat. Haha last-2 beli baju kat F.O.S je. Tapi sebelum balik sempat pulak kitorang tengok wayang :B 


Last shoot before balik

Hari-2 seterusnya Fiey keluar shopping dengan my sis. Mula-2 pergi Wangsa Walk. Fiey beli seluar je tapi my sis shopping banyak gila! :O Then pergi Jusco again sebab nak beli kasut kat Summit for dinner raya nanti. Nak pilih pun susah sebab semua cantik and murah :p Last-2 beli wedges heels colour grey. Hehe kesian salesgirl kat situ. Confirm penat layan kerenah customer macam ni. Hiks. Last beli kuih raya kat Bazaar Ramadhan. Ada Almond London, Cornflakes, kerepek, and banyak lagi. Tak tau la nama kuih tu apa. Huhu.

Bila dah raya pun sempat shooping lagi. A day before balik Arau, Fiey shopping untuk kali terakhir. Hehe Fiey beli bangle, necklace, shades, seluar and baju lagi! Bila dikumpulkan semua memang banyak. Since everything is on SALE! memang rambang mata lerr nampaknya.


sincerely, Nurul Hafizah Binti Mohammad Yunos.

Saturday, 11 August 2012

Selamat Aidilfitri! (Song Dedication)

Hello everyone! Here is my noob video song dedication. Stay tune and Don't Laugh!! 


 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


by Mimi Ibrahim

Friday, 10 August 2012

Aidilfitri song dedication :D

                           Assalamualaikum. In this entry, I would like to dedicate this song to my beloved family, friends, lecturers and to all muslim who celebrate Hari Raya Aidilfitri. This song is very famous back at 1985 until now. 

Written by: Farhana Atiqah xxx

Thursday, 9 August 2012

Aidilfitri Song Dedication :B

Assalamualaikum dan holla to everyone~~!! Entry kali ini, saya Nurul Hafizah Binti Mohammad Yunos nak dedicated lagu raya ni kepada semua kaum keluarga, sahabat handai dan jugak seluruh umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan ucapan :- Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin kalau ada terkasar bahasa atau tersilap kata. Harap jangan simpan dalam hati. Hehe lagi satu jangan main mercun tau. Bahaya kan. Bunga api takpe :D 

So enjoy watching this video .........

Song: Lebaran 2012
Composer/Songwriter: Alif SleeQ, Syarif SleeQ 
Singers: SleeQ, Zizan Raja Lawak & Useriman Eunos
Production: Aaron Aziz Productions
Direction: Aaron Aziz
sincerely, Nurul Hafizah Binti Mohammad Yunos.

Wednesday, 8 August 2012

My Favourite Kuih Raya

Hey people, it's chef Mimi in the house!! Chef la sangat kan? haha well, since Raya is around the corner..I would like to share with you guys the two of my most favourite kuih raya of them all. Nak tau tak? nak tau tak?
ok here we go..


Kuih Samprit







ok, kalau nak tau, sebenarnya I'm not really into these kuih raya because entahlah memang dari zaman kanak-kanak tak minat kuih raya. So the only kuih raya that I like are only the ones without nuts ( nuts make me breakout so much! pimples growing during raya is a big NO NO!), cornflakes and kuih that is super sweet or too complicated. Yeah, I'm very picky when it comes to food. So that is why I love kuih samprit.

What I like most about this kuih samprit is because of its simplicity. It is not too sweet nor it doesn't have any fillings inside which sometimes I just like to throw out the fillings away hehe. It tasted a bit lemak and I just love the bunga kekwa shape. Sekarang dah banyak bentuk lain pun. So here is the recipe of Kuih Samprit



Bahan-bahan ( 50 biji )
·         1/2 cawan butter
·         1/2 cawan gula dikisar halus
·         1 kuning telur
·         1 1/2 cawan tepung gandum
·         2 sudu makan tepung kastad
·         1 sudu teh esen vanilla
·         chocolate chips untuk hiasan

Cara-cara
1.     Panaskan oven 180 darjah.

2.     Di dalam satu mangkuk, pukul butter, gula hingga kembang. Masukkan kuning telur, vanila, dan kacau sebati.

3.   Masukkan tepung (gandum dan kastad) sedikit demi sedikit sehingga habis.
A  Adunkan dengan tangan sehingga menjadi doh lembut.
4.    Tekan dengan acuan kuih samprit dan hiaskan dengan chocolate chips. Bakar selama lebih kurang 20 minit.
5.     NOTA: Biskut ini sederhana manis. Jika anda gemarkan lebih manis, sila lebihkan gula
K

Kuih Bahulu






Another favourite kuih raya of them all is this kuih bahulu tradisional. I still remember the first time I had tasted this kuih. My grandma yang introduce kan because she said her best friend is very talented in making kuih bahulu and bukan calang-calang orang yang boleh buat bahulu yang sedap. Tambahan pula, untuk mendapatkan kuih bahulu yang sedap kena guna telur itik. So since cerita untuk buat kuih bahulu ni macam menarik terus I love to try it and now dah jadi my favourite kuih.

Inilah recipe kuih bahulu. For me memang agak remeh temeh la nak buat kuih ni but then maybe one day I jadi pembekal bahulu mana tahu? hehe


Bahan-bahan:

1 mangkuk telur itik (4biji)
1 mangkuk gula pasir (250g)
1/2 kilogram tepung gandum
Sedikit minyak.


Cara menyediakan:

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven tapi jangan terlalu lama, agak-agak hangat.
7. Bakar pada suhu bakar 200C sehingga bahulu kekuningan.



by Mimi Ibrahim

Tuesday, 7 August 2012

Favorite cookies (Kuih Raya) - Chocolate Chip Cookies with recipe.

Assalamualaikum wbt. Here in this post, I would like to share the recipe of my favorite choc chip cookies. Enjoy!


(Resipi anggaran sebanyak 50biji)

Bahan-bahan:
120g mentega
75g gula kastor
60g gula perang halus
220g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil esen vanila
1 biji telur (dipukul perlahan)
60g kacang badam/walnut (dipanggang)
125g cip coklat
1 sudu kecil garam


Cara Menyediakan:
1. Pukul mentega, gula perang, gula kaster & esen vanila sehingga ringan dan kembang.
2. Masukkan telur ke dalam adunan dan pukul lagi sehingga kembang.
3. Campurkan adunan tadi dengan tepung, garam & coklat cip dan gaul sehingga sebati.
4. Sudukan adunan dan buat bentuk bulat seperti bola. Kemudian, susun ke dalam dulang yang telah disapukan dgn sedikit mentega.
5. Bakar di dalam ketuhar selama 10-12 minit atau sehingga perang keemasan pada suhu 180'C.
6. Siap untuk dihidangkan.


Written by: Farhana Atiqah xxx

Monday, 6 August 2012

My Favourite Biskut Raya :D

Assalamualaikum semua :) Kita berjumpa lagi hari ini di blog ini. Hehe. Bulan puasa bakal berakhir bagi tahun ini dan bulan Syawal bakal menjelang tiba. Tak sabar lettew nak raya. Mesti dah banyak shopping kan. Okayy entry kali ni Fiey nak bercerita pasal 'BISKUT ATAU KUIH RAYA KEGEMARAN'

Fiey paling suka Almond London. Masa kecik-kecik dulu kan Fiey ingat biskut ni dari London tau. Haha sebab nama pun dah glamour betul :) Since Fiey suka coklat, sebab tu Fiey suka biskut ni and rasanya pun rangup. Sedap gilaa! Korang boleh try buat sendiri. Ni resepinya ----->

Bahan-bahan (+/- 150 biji) :

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (untuk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dari cooking coklat)

Cara-cara :

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam dan kacau.
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi.
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang di dalamnya.
  7. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega. 
  8. Bakar pada suhu 200'c selama 20 minit.
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil".
  10. Masukkan biskut tadi ke dalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak (saya guna pipe untuk sadur coklat... tak comot sangat!). Taburkan sedikit badam cincang untuk hiasan.
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Inilah hasilnya. Taraaa ~~!! 


#selamat mencuba :p

sincerely, Nurul Hafizah Binti Mohammad Yunos.

Sunday, 5 August 2012

Fadhilat Ramadhan

KELEBIHAN MALAM 10 AKHIR RAMADAN

1. Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1). Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.

3. Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

4. Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

5. Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

6. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

7. Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).